Gonzalo Jiménez de Quesada
Gonzalo Jiménez de Quesada

Gonzalo Jiménez de Quesada

Gonzalo Jiménez de Quesada (1496[1] -sumber-sumber lain menyatakan 1506 atau 1509[2][3] – Suesca, 16 Februari 1579) adalah seorang penjelajah dan konkuistador Sepanyol di utara Amerika Selatan, wilayah yang kini dikenali sebagai Colombia. Beliau menjelajah bahagian utara Amerika Selatan. Sebelumnya, beliau adalah seorang peguam dan merupakan seorang daripada sebilangan kecil golongan terpelajar yang terlibat dalam penaklukan Sepanyol. Beliau juga adalah seorang pemimpin dan penganjur yang cekap, mereka undang-undang kerajaan di kawasan ini, selain juga seorang sejarawan. Selepas tahun 1569, beliau melakukan penjelajahan ke arah timur, dalam pencarian sebuah tempat bernama El Dorado, sebelum kembali ke New Granada pada tahun 1573. Beliau dianggap menjadi model kepada Cervantes' Don Quixote.[4]